~Final Exam~

Assalamualaikum

Dalam kesibukan(sibuk la sangat kansss~) dok study untuk last paper tomorrow 21/11/2012 iaitu Microeconomic.. sempat lagi aku menziarah blog aku yang telah lama terkubur di dalam dunia maya ni.. Minggu ni minggu final exam untuk semua student Ptss a.k.a Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin~.so semua pakat serabut goyang kepala study.. untuk semester ni aku ada  2 subjek je untuk jawab final daripada 7 subjek.. paper Office Administration 1 telah selamat dijawab pada hari ahad bersamaan 18/11/2012 kemarin.. even cuma 2 paper rasanya seperti bara yang membakar di setiap sel-sel otak ni..

Untuk esok microeconomic subjek yang agak membebankan kepala otak sebab diikatkan dengan dunia pengiraan, graf, dan seanteronyaa.... tapi tak seteruk add math dan seangkatan dengannya.. "masalah aku sekarang ni adalah aku masih tak sedar-sedar lagi tentang esok~hahahaha^ ok masih mampu ketawa sedangkan rakan lain semua sedang peningkan kepala dengan subjek ini. semalam overnight disebabkan subjek ni lagi.. hopefully masuk apa yang aku study laa wehh.. jangan kua benda lain sudah~tak sanggup lagi aku..lallaaallaaa... ~(Awie sekejap) ~ aku rasa otak aku ni dah macam gunug berapi yang nak tunggu masa meletup.. bukan meletup mengeluarkan lava yang baik.. tapi lava yang tidak baik.. adooyyy..hanya tuhan mengetahu rasa gerimis mengundang aku saat ini.. tambah-tambah dengan cuaca yang sedang kehujanan saat ini..memang la terbantut sel-sel otak aku nak study.. 




apapun apa yang telah aku.. dan yang kawan-kawan aku study masuk untuk esok.. Dengan sejuta harapan.. semuanya akan melekat dalam kepala otak umpama gam gajah yang ditambah dengan double triple tape.. aminn.. Untuk aku dan kawan-kawan yang lain.. perjuangan terakhir esok haruslah dilakuakn dengan sebaik mungkin.. last study malam ni dan tak lupa minta doa banyak-banyak keh..^^.. yang penting Allah tahu usaha hambanya  dan hopefully we can get a good pointer  for this sem nanti~^^

~bak kata Pierre~ Love Allah love Muhammad~

gambar yang tiada kena mengena nak publish sekali ^^




~My first chicken rice~

Assalamualaikum..

Haaa.. memandangkan ni minggu study week.. so aku pon cabut la balik rumah.. huhuh.. bosan kott kalau dok kamsis.. dengan penghuni ptss yang sedikit sempena minggu ni..
harini aku nak shar sikit tentang first resipi berat yang aku berjaya buat walaupon tak complete 100%.. iaitu
                                                 
                  ~Chicken Rice~
   (percubaan makanan berat pertama)

^cweehhwaahh..kembg sikit lutut ni dok goyang-goyang^
sorry lahh tak sehebat dan sesedap chef2 kat luar sana.. tapi untuk gadis-gadis or teruna yang sebaya aku yang nak cara cepat boleh guna step ni kott^^huhu..^^

actually.. mak aku demam sama.. so aku ni pulak dah  lama dok mengidam nak makan nasi ayamm^ haa don't think negative yaa^..
so dengan kerajinan aku yang ada pada hari ini.. aku publish diri aku nak buat~heeheee.. mak aku tak pernah nak halang aku masuk dapur sebab memang selama ni aku dok masuk pon..kuikuiikk^^yelaa kalau tak masuk macam nak mencekik 0.O.. ngeett~~

ingredients semua dah ada..ni aku nak share skit cara resipi budak-budak aku ni..
budak laa sngat kanss~!!


Ingredients yang aku guna cumalah:
~untuk nasi ayam~
- bawang merah (ditumbuk)
- bawang putih (ditumbuk)
- halia (hiris)
- 4 sekawan (kalau tak tahu tanya mak korang2)
- beras
- minyak sapi
- daun pandan
- pencelup
- air stok ayam

Caranya ^^

1) Panaskan periuk. Tumis bawang putih, merah, 4 sekawan dan halia dengan menggunakan minyak sapi sehingga naik bau.

2) Bila da keperangan, masukkan beras yang telah dibasuh. Gaul sebati.

3) Masukkan air stok ayam. Kacau sebati dan biar sehingga masak.

4) Bila nasi hampir masak . Masukkan daun pandan dan sedikit pencelup kuning. Gaul hingga rata.

Untuk sup ayam dan ayam goreng~

1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan 4 sekawan.

2)  Masukkan air stok ayam, sup bunjut.

3) Setelah mendidih, boleh masukkan hirisan ayam yang direbus dan daun sup.

4) Sementara  itu, bolehlah menggoreng ayam yang telah diperap dengan sos tiram, madu dan sedikit kicap pekat. Boleh juga menggunakan rempah yang telah siap sedia di pasaran.







TQ FOR WATCHING~~




Kehidupan ini tak selalu indah yang kita harapkan .. kadang-kadang kebahagiaan yang kita inginkan tak selalu tercapai.. dan itu akan membuatkan hati kita selalu mengeluh.. disaat tu juga selalu terlintas di hati ,, apakah kesalahan yang telah kita buat tanpa kita sedari.. kita juga selalu tak sedar apa yang kita lakukan..

kekadang hati kecil ni mudah tersentuh jika ada perkara yang kurang senang berlaku.. jika selalu berterusan .. mungkin otak ni hampir buntu .. menjadi buntu.. tipulah kalau aku tak pernah mengeluh.. aku selalu berharap semua kesedihan ni akan berakir satu hari nanti dan dapat digantikan dengan sejuta kebahagiaan yang kami benar inginkan...6^^..




p/s: pagi tak selalu indah yang kita jangkakan...
Assalamualaikum..

sekian lama bersarang, berhabuk, bermasalah blog ni.. baru harini aku rajin nak mengupdate balik.. hiihiikk..*kemlasan berpanjangan*..
sejak nak habis semester satu ni.. final exam makin hampir.. otak semua makin meliat dengan buku..haaha... keutamaanya lebih kepada aku,, kira lagi one weeks aku nak balik bercuti berbulan madu bersama keluarga..hihi.,, kegilaan ketidak sabaran sihhh^^ 

ni gambar time raya aidiladha tu.. hehee.. dah seminggu baru aku nak mengupload.. selamat bercuci mata^^

















~Minggu Bz~

Assalamualaikum semua..^^

Dah berminggu- minggu juga rasanya aku tak mengintai kat blog ni~(cehhwaahh ayat~)..
sejak dah nak habis semester ni.. jadual asyik full je.. sampai  timetable nak sleep pon not enough...~ tak sabar rasanya nak balik raya haji nex week.. even cuti cuma 3 hari je kot~ hurrmm.. .
( look!! belum apa-apa dah fikir raya).. since minggu lepas aku banyak assigment, lab work, quiz, test, nak kena buat.. tertekan juga rasa~ tapi lumrah hidup la kan..hidup sebagai student tak pernah terlepas dengan semua tu^^

even dalam banyak hari aku menekankan diri dengan tugasan..ada jugak part aku pergi enjoy..huuhuu..

rabu lepas pergi 'Seminar Super Student" selama dua hari..
sabtu lepas pergi Jitra Mall.. 1/2 jam je dari poli aku.. act.. niat sebenar nak tengok "aku terima Nikahnya.. tapi cerita tu tak show kat cinema tu.. tapi dah alang-alang pergi..kami tengok 'Hantu Kapchai"... serius best sangat citer tu.. full story dengan lawak je.. rasa tak rugi juga beli tiket tu..@@..

Then ahad tu, aku dengan roomate aku buat buufday girl kononya niat sebenar nak makan chocolate cake~~hehe..untuk kami-kami ja... buat kenduri kecik-kecik..hahaha.. dek kerana tiada sponsor~ ciihh!

 malam super student..




 see.."paid" ok~~ bukan free..~~hoo kepoyosan**



 partner time game "clean shoes""




Time pergi Jitra Mall~



poster pon jadi laaa~~

nak promote jap^^


  teman mak cik ni cari novel.. 'kaki novel dia ni" 
not like me.. aku kaki drama^^hahah..



~beli barang keperluan untuk bilik dulu~



cari aksesori... 


satu set dengan kedai^^ hee..ada jodoh x*nonsense*





ok bear tu menjadi milik aku juga~huuhh.. 
nama dia ''Mucit""
p/s: sory gambar tak clear~



 lampu disko kami~ idea; rooomate aku punya..



'Say''Hapy BESDAY""


sedappp""nyummyy~


Hei 'Mucit POn nak pose jugak""


that all for today"" 
p/s:continue dengan report and assigment...daaa....

melepaskan bukan beerti tidak mencintai...





Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…
Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …

~Sakit Tekak~



Assalamualaikum..

Memandangkan cuaca sekarang ni tak menentu.. sekejap hujan...sekejap panas.. so keadaan aku pon jadi tak menentu..
ternyata kesakitan badan aku melarat hingga ke sakit tekak... nak makan pon rasa tak lalu ja walaupon kuantiti yang aku makan tu memang mampu mengenyangkan aku untuk sehari semalam..

lagi bertambah baik bila aku tetap amalkan dengan minum ais pada setiap hari..heehee^^
tambah tadi aku makan tomyam dengan pertambahan cili hijau yang banyak lagilah tekak aku sakit....
ermm apa nak buat ni..semalam dah minum air asam tapi tak membawa apa-apa perubahan pon.. memang aku terasa macam erggg!! sometime rasa cam ada benda dok menggerudi je,,serius aku rasa bebai sangat!!
rasa nak je aku korek tekat ni pastu cari apa yang mengganggu laluan terowong sempit tu! tapi dah tentu la tak boleh..hummpp :"<..